^◕‿◕^ MYY Blog ^◕‿◕^

HEPI

6/26/2012 02:30:00 PTG | | 2Komen
 
hai semua,apa khabar? harap semua sihat je. ha,korang dengar tak lagu kat blog iza ni? ni lagu kegemaran iza tau? najwa latif ft sleeq,tajuk lagu nye UNTUK DIA. best tak? tu sebab la iza hepi sangat ni. harap semua hepi dengar lagu ni ye? bye semua.
 
 

GAMBAR KAT ZOO JOHOR

6/20/2012 11:09:00 PTG | | 0Komen




HARI TERBUKA SEKOLAH

6/20/2012 01:14:00 PTG | | 2Komen
 
salam sayang semua..hari ni iza nak cakap sikit pasal HARI TERBUKA kat sekolah pada hari Jumaat nanti. abah kena datang ambil keputusan ujian kami sekaligus menandatangani buku rekod. entah macamana la keputusan iza kan?huhuhu. takut jugak ni. ibu pulak dah berpesan kat iza seeloknya jangan ada c,d,e dalam ujian. kalau boleh capai markah a dan b saja. tapi boleh ke?mampukah iza ni ye? tahun depan UPSR akan menjelang,kalau boleh iza nak capai keputusan cemerlang macam abg iza,Iqmar yang dapat 4a1b. tapi iza takkut tak mampu mencapai gred setinggi itu. apa iza nak buat ye? sekarang iza belajar matapelajaran teras menggunakan zoom A,harap2 itu dapat membantu memperbaiki keputusan iza ni. harap semua mendoakan yang terbaik untuk iza ye?? terima kasih..

coret2 iza

6/15/2012 01:22:00 PTG | | 2Komen
 
apa khabar semua? iza sihat saja. sekarang sesi persekolahan dah bermula semula selepas cuti 2 minggu. sekarang pun dah pertengahan bulan jun. bulan depan dah masuk bulan ramadan la..macam tak terasa je dah setahun masa berlalu. macam baru sekejap je bulan puasa tahun lepas tu.tema baju raya kami tahun ni warna merah. iza,ibu dan alia pakai baju raya yang sedondon kainnya. dah siap pun di jahit baju tu,tunggu masa nak pakai je. abah,abang dan adik beli baju melayu siap je nanti. cari kat Zon Ria ke,kat Kipmart ke..janji dapat warna sedondon semua. meriah gitu. dan tambah meriah nenek,kaik,mkcik mia dan pkcik nan pun akan beraya dengan kami tahun ni. best betul..ok dulu,nanti kita sambung lagi k..bye semua.

CUTI DAN SEKOLAH

6/10/2012 07:20:00 PTG | | 0Komen
 
kawan2...hari ni iza nak cerita sikit. dah lama iza tak mencoret kat blog iza ni kan? bukan apa,iza sibuk sikitlah. hahahaha. biasa kalau cuti sekolah iza memang macam ni. selain bercuti iza akan jaga adik kecik kesayangan iza,Alia. dia ni memang manja dengan iza,mungkin sebab Alia ni girl kot? cerita pasal cuti 2 minggu kali ni  isnin minggu pertama iza sekeluarga pergi ke zoo johor kemudian mandi2 kat hutan bandar. memang seronok kali ini sebab Alia dah pandai mandi sendiri. comel betul tengok dia kat air mandi manda bersama abah. seronok lah.....pada minggu ke2 cuti kami memulakan perjalanan ke melaka dan bercuti selama 3 hari 2 mlm kat sana. memang best sekali. kami berjalan2 dan melawat tempat menarik dan bersejarah kat melaka. abah bercadang nak datang lagi ke melaka pada hujung tahun nanti. aku memang seronok,dan harap dapat datang lagi ke sana. pendek kata,cuti kali ini amat menyeronokkan sekali. terima kasih abah. esok sekolah dah buka semula,tak sabar nak jumpa kawan2 lagi.

MELAKA..AKU DATANG...

6/01/2012 11:14:00 PTG | | 2Komen

hai semua..nak cerita sedikit tentang rancangan cuti sekolah ni.  kami semua merancang nak pergi melaka pada 4-6hb ni. iza rasa amat teruja sekali kerana berpeluang tempat bersejarah ini. walau dulu kami pernah datang ke melaka dan sempat mengunjungi muzium samudera namun kali ini percutian kami agak lama. tentu puas hati nak berrjalan2 nanti. iza berdoa agar kami selamat pergi dan balik nanti. amin.
 
Copyright By Myzatul Iqma For 2015-2020