^◕‿◕^ MYY Blog ^◕‿◕^

CUTI SEKOLAH

5/24/2013 12:00:00 PG | | 4Komen
 
cuti,cuti jugak..buku pelajaran jangan tinggal...buat kengkawan yang sama akan menghadapi UPSR 2013 belajar rajin2 dan tekun tau?

SELAMAT HARI GURU 2013

5/16/2013 12:00:00 PG | | 1Komen
 
 gambar hasil carian google

setelah menyambut Hari Ibu sekali lagi kita akan meraikan hari yang tidak kurang pentingnya iaitu HARI GURU yang di sambut setiap 16 Mei. terima kasih iza ucapkan pada guru2 yang banyak memeberi tunjuk ajar untuk iza sejak di Tadika Perpaduan Kg.Titingan,SK Titingan dan SK Laksamana (SKALA). terima kasih kerana sudi membimbing dan menurunkan ilmu kepada kami. jasamu di kenang samapai bila2.

SIMPLE GIVEAWAY BINTANG MENCARI CINTA BY CIK AKAK

5/13/2013 03:17:00 PTG | | 8Komen
 
 http://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/2013/05/simple-giveaway-bintang-mencari-cinta.html
 
alhamdulillah..dapat juga iza meluangkan masa untuk join GA atas jemputan cik akak dan ibu. balik je dari sekolah terus buka blog dan terima jemputan itu.terima kasih ye cik akak.  sebenarnya iza tak tahu nak buat madah kata2 cinta sis memandangkan iza pun masih belajar lagi. umur pun muda lagi. tapi iza akan buat madah cinta yang ringkas seusai dengan status iza ye?
cinta....
terlahir aku ke dunia kerana cinta
cinta Allah kepada hambaNya dengan menciptakan pasangan utnuk mereka
cinta pasangan akhirnya membenihkan cahaya mata
cinta yang suci bawa sampai ke mati
cinta abadi ku untuk Dia
cinta suci ku untuk RasulNya
cinta sejati ku pada agama dan negara
cinta seikhlas hati ku buat ibu dan abah
buat mereka yang mencintai ku jua
selamat berjaya pada yang lain. iza nak bagitau cik akak yang iza cuma guna maxis je. hihihi.manalah tahu terpilih sebagai pemenang kan?nak inform awal2 lah. pada semua yang baca,iza nak tag untuk join segmen ni ye?gudluck olz. kesempatan ini juga iza nak ucapkan SELAMAT HARI IBU buat ibu tersayang,Atiqah Arbain dan seluruh ibu di dunia.

DUNIA MERAH JAMBU DAN UNGU

5/08/2013 11:12:00 PTG | | 5Komen
 
 


hai semua..malam ni iza nak share gambar yang indah2 bertemakan merah jambu dan ungu. bila nampak ibu update blog dan masukkan gambar2 sebegini,iza pun teringin jugak tau?tapi iza cuma memilih warna yang ada kena mengena dengan girl saja,iaitu pink dan purple.jom cuci mata melihat gambar2 yang cantik ni,sambil tenangkan fikiran kita ye?bye semua,selamat malam.

1 MEI HARI PEKERJA,KAMI PUN BERCUTI

5/01/2013 09:04:00 PTG | | 3Komen
 
ehsan dari google
 
 
salam sayang buat semua ye? iza harap semua sihat di hari cuti sempena hari pekerja 1 Mei ini. walaupun sekolah bercuti,namun iza dan family tak ke mana2 sebab abah berniaga macam biasa. abah jarang sekali cuti berniaga kecuali setiap isnin dan cuti raya. iza duduk kat rumah macam biasa,pergi mengaji al-quran dan buat ulangkaji dengan zoom A. rutin macam biasa,tapi seronok juga dapat duduk rumah. kalau boring sangat iza dengar lagu je kat hp,ataupun main dengan kawan2 anak jiran. macam tu je la aktiviti cuti hari ni.apapun iza tak kisah kami tak jalan pergi mana2 kerana kami tahu abah berniaga untuk cari rezeki buat kami sekeluarga.sebab bila cuti panjang abah tetap akan bawa kami jalan2 samada mandi laut,air terjun atau taman tema. seronok juga kan?
apapun iza nak ucapkan selamat hari pekerja buat abah,guru2 dan semua rakan2 blogger yang bekerja,turn iza belum sampai lagi sebab iza masih belajar lagi.huhuhu.
Copyright By Myzatul Iqma For 2015-2020