^◕‿◕^ MYY Blog ^◕‿◕^

1 MEI HARI PEKERJA,KAMI PUN BERCUTI

5/01/2013 09:04:00 PTG | | 3Komen
 
ehsan dari google
 
 
salam sayang buat semua ye? iza harap semua sihat di hari cuti sempena hari pekerja 1 Mei ini. walaupun sekolah bercuti,namun iza dan family tak ke mana2 sebab abah berniaga macam biasa. abah jarang sekali cuti berniaga kecuali setiap isnin dan cuti raya. iza duduk kat rumah macam biasa,pergi mengaji al-quran dan buat ulangkaji dengan zoom A. rutin macam biasa,tapi seronok juga dapat duduk rumah. kalau boring sangat iza dengar lagu je kat hp,ataupun main dengan kawan2 anak jiran. macam tu je la aktiviti cuti hari ni.apapun iza tak kisah kami tak jalan pergi mana2 kerana kami tahu abah berniaga untuk cari rezeki buat kami sekeluarga.sebab bila cuti panjang abah tetap akan bawa kami jalan2 samada mandi laut,air terjun atau taman tema. seronok juga kan?
apapun iza nak ucapkan selamat hari pekerja buat abah,guru2 dan semua rakan2 blogger yang bekerja,turn iza belum sampai lagi sebab iza masih belajar lagi.huhuhu.

3 ulasan:

Nao Mei berkata...

selamat hari pekerja untuk iza juga..hihi..

Maizatul Iqma berkata...

@Nao Meihahaha...iza belum lagi..10-15 tahun akan datang iza juga akan bergelar pekerja kan kak?

Kathy Rbain berkata...

semoga menjadi pelajar kini dan pekerja masa depan yang cemerlang sis....

Copyright By Myzatul Iqma For 2015-2020